Thursday, 16 May 2013

Kemenangan



{48}
Al-Fat-H (Kemenangan) 1~29.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Sesungguhnya kami telah memberi kemenangan bagi mu satu satu kemenangan yang nyata.
2. Untuk Allah tutupkan bagi mu apa yang terdahulu dan apa yang akan datang dari buah amal mu, dan untuk ia sempurnakan nikmat-nikmat nya atas mu, dan untuk ia unjukkan kepada mu jalan yang lurus.
3. Dan untuk Allah tolong mu satu pertolongan yang teguh.
4. Ialah yang turunkan ketenteraman dihati-hati mukmin supaya bertambah iman mereka beserta iman mereka (yang sudah ada) dan bagi Allah lah tentera (di)langit-langit dan (di)bumi, dan adalah Allah itu mengetahui, bijaksana.
5. Untuk ia masukkan mukmin dan mukminat kesyurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai dalam keadaan kekal padanya, dan untuk ia  hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka, dan adalah yang demikian itu disisi   Allah satu kemenangan yang besar.
6. Dan  untuk ia mengazab munafikin dan munafikat dan musrikin dan musrikat yang menyangka jelek terhadap Allah. Atas mereka lah beredar kejelekan, dan Allah murka atas mereka, dan ia kutuki mereka, dan ia sediakan bagi merka jahanam, dan jeleklah ia sebagai tempat kembali.
7. Dan bagi Allah lah tentera (di)langit-langit dan (di) bumi, dan adalah Allah maha kuasa, bijaksana.
8. Sesungguhnya kami utus mu sebagai saksi dan pengemar dan pengancam.
9. Supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul nya dan supaya kamu teguhkan (agama)nya dan muliakan dia dan beribadat kepadanya pagi dan petang.
10. Sesungguhnya orang-orang yang berjanji taat kepda mu itu tidak lain melainkan berjanji taat kepada Allah. Tangan Allah atas tangan-tangan mereka. Oleh itu, barang siapa merosak (janji), maka tidak ia merosak melainkan buat kerugian dirinya, dan barang siapa sempurnakan apa yang ia janjikan kepada Allah, maka Allah akan beri kepadanya ganjaran yang besar.

11. Akan berkata kepada mu orang-orang Arab desa yang tidak turut; “harta benda kami dan anak isteri kami telah lalaikan kami.  Oleh itu, mintakan lah ampun bagi kami”.  Mereka berkata dengan  lidah-lidah mereka apa yang tidak ada dihati-hati mereka.  Katalah; “maka siapakah yang bisa menghalangi untuk kamu sesuatu (yang akan datang) dari Allah,  jika ia kehendaki bahaya bagi kamu atau ia kehendaki menafaat bagi kamu ? bahkan adalah Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
12. “Bahkan kamu menyangka, bahawa Rasul dan mukmin tidak sekali-sekali akan kembali kepada anak isteri mereka, dan dihiaskan yang demikan (oleh syaitan) dihati-hati kamu, dan kamu menyangka perangsangka yang jelak dan adalah kamu kaum yang binasa”.
13. Dan barang siapa tidak beriman kepada Allah dan Rasul nya, maka sesungguhnya kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api yang bernyala-nyala.
14. Dan kepunyaan Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia mengampuni siapa yang ia kehendaki, dan ia mengazab siapa yang ia kehendaki, dan adalah Allah itu pengampun, penyayang.
15. Akan berkata orang-orang yang tidak turut itu, apabila kami pergi kepada rampasan-rampasan perang buat kamu mengambilnya; “biarkanlah kami turut kami”. Mereka hendak mengubah firman Allah. Katakan; “kamu tidak (boleh) akan turut  kami, bagitulah firman Allah sebelum (ini)”. Mereka akan berkata; “tetapi kamu dengki kepada kami”. Bahkan adalah mereka tidak mengerti melainkan sedikit.
16. Katalah kepada orang-orang yang tidak turut dari Arab desa itu; “kamu akan diajak kepada satu  kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat, kamu akan perangi mereka atau mereka masuk Islam. Maka kalau kamu taat, Allah akan beri kepada kamu ganjaran yang banyak, dan jika kamu berpaling, sebagaimana kamu berpaling dahulu. Nescaya ia seksa kamu satu seksaan yang pedih”.
17. Tidak ada atas orang buat kesempitan, dan tidak ada atas orang yang tempang kesempitan, dan tidak ada atas orang sakit kesempitan, dan barang siapa taat kepada Allah dan Rasulnya, nescaya ia masukkan dia disyurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, dan barang siapa berpaling, ia akan seksa dari satu seksaan yang pedih.
18. Sesungguhnya Allah redha kepada mukmin tetakala mereka berjanji taat kepada mu dibawah pohon itu maka ia tahu apa yang dihati-hati mereka. Lalu ia turunkan ketenteraman atas mereka, dan ia ganjari mereka kemenangan yang hampir.
19. Dan rampasan-rampasan perang yang banyak yang mereka ambil dia, dan adalah Allah maha kuasa, bijaksana.
20. Allah telah janjikan kepada kamu rampasan perang yang banyak yang kamu akan mengambilnya, tetapi ia lekaskan ini untuk kamu dan ia telah halangi tangan-tangan manusia daripada kamu, dan supaya adalah ia satu pelajaran bagi mukmin, dan  kerana ia hendak unjukkan kepada kamu jalan yang lurus.

21. Dan (rampasan-rampasan) lain yang kamu tidak berdaya padanya yang Allah telah kurangi dia, kerana adalah Allah itu atas tiap-tiap suatu amat berkuasa.
22. Dan jika orang-orang kafir itu memerangi kamu, nescaya mereka memalingkan belakang, kemudian, tidak akan mereka dapat pengurus dan tidak penolong.
23. (Iaitu) cara Allah yang telah lewat sebelum (ini), dan engaku tidak akan dapati perubahan bagi cara Allah itu.
24. Dan ialah yang halangi tangan-tangan mereka dari kamu dan tangan-tangan kamu dari mereka dilembah Mekah sesudah ia beri kemenangan bagi kamu atas mereka, dan adalah Allah melihat apa yang kamu kerjakan.
25. Mereka lah orang-orang yang kufur dan halangi kamu dari (masuk) Masjidil-Haram, dan (halangi) korban daripada sampai ketempatnya, dan sekiranya tidak kerana laki-laki yang mukmin dan  perempuan-perempuan yang mukminat yang kamu tidak tahu itu, dikhuatiri kamu bunuh mereka dengan tidak sengaja. Lalu mengenai kamu keberatan dari (pihak) mereka. (Nescaya kami izinkan kamu masuk Mekah), (yang demikian) lantaran Allah hendak masukkan dalam rahmatnya siapa yang ia kehendaki.  Jika mereka terpisah, nescaya kamu seksa orang-orang yang kufur dari antara mereka dengan satu azab yang pedih.
26. (Ingatlah) tetakala orang-orang yang kafir itu adakan dalam hati-hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah lalu Allah turunkan ketenteraman nya atas Rasulnya dan atas mukmin dan ia wajibkan mereka (ucapkan) perkataan menjaga keselamatan, kerana mereka lah berhak dengan itu, dan (memang mereka) ahlinya, dan adalah Allah mengetahui tiap-tiap suatu.
27. Sesungguhnya Allah akan buktikan menyampaikan  itu dengan benar kepada Rasul nya (iaitu) sesungguhnya kamu akan masuk Masjidil-Haram, jika dikehendaki oleh Allah, dengan aman dalam keadaan bercukur rata kepala-kepala kamu dan bergunting sebahagian nya, (dan) kamu tidak akan merasa takut kerana ia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, maka ia jadikan sebeblum itu satu kemenangan yang dekat.
28. Ialah (Tuhan) yang mengurus Rasul nya dengan (membawa) pimpinan dan agama kebenaran untuk ia menangkan dia atas agama-agama semuanya, dan cukuplah Allah sebagai saksi (atas kemenangan itu).
29. Muhammad itu pesuruh Allah, dan orang-orang yang berserta nya keras terhadap kafir-kafir, (dan) berkasih-kasih diantara mereka, engkau lihat mereka rukuk, sujud, mencari kurnia dan keredhaan dari Allah, tanda-tanda mereka (ada) dimuka-muka mereka dari bekas sujud, demikianlah sifat mereka di Taurat dan sifat mereka di Injil, sebagai tanaman yang keluar kan tunas lalu ia teguhkan dia, maka jadilah ia gemuk dan tegap berdiri atas pangkal nya, mengembirakan penanam-penanam nya, (iaitu) kerana ia hendak menjangalkan kafir-kafir itu dengan (kesuburan) mereka (yang mukmin). Allah janjikan mereka yang beriman dan beramal soleh dari mereka , keampunan dan ganjaran yang besar.

[Ulasan][Penutup][Previous][Next]   

GERAKAN tewas diPenang

RAYUAN .....
,
HARAP MAAF DIATAS SEBARANG KESULITAN.
MOHON RIBUAN AMPUN dan MINTA MAAF,