{48}
Al-Fat-H (Kemenangan) 1~29.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Sesungguhnya
kami telah memberi kemenangan bagi mu satu satu kemenangan yang nyata.
2. Untuk
Allah tutupkan bagi mu apa yang terdahulu dan apa yang akan datang dari buah
amal mu, dan untuk ia sempurnakan nikmat-nikmat nya atas mu, dan untuk ia
unjukkan kepada mu jalan yang lurus.
3. Dan
untuk Allah tolong mu satu pertolongan yang teguh.
4. Ialah
yang turunkan ketenteraman dihati-hati mukmin supaya bertambah iman mereka
beserta iman mereka (yang sudah ada) dan bagi Allah lah tentera (di)langit-langit
dan (di)bumi, dan adalah Allah itu mengetahui, bijaksana.
5. Untuk
ia masukkan mukmin dan mukminat kesyurga-syurga yang mengalir padanya
sungai-sungai dalam keadaan kekal padanya, dan untuk ia hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka, dan
adalah yang demikian itu disisi Allah
satu kemenangan yang besar.
6.
Dan untuk ia mengazab munafikin dan
munafikat dan musrikin dan musrikat yang menyangka jelek terhadap Allah. Atas
mereka lah beredar kejelekan, dan Allah murka atas mereka, dan ia kutuki
mereka, dan ia sediakan bagi merka jahanam, dan jeleklah ia sebagai tempat
kembali.
7. Dan
bagi Allah lah tentera (di)langit-langit dan (di) bumi, dan adalah Allah maha
kuasa, bijaksana.
8.
Sesungguhnya kami utus mu sebagai saksi dan pengemar dan pengancam.
9. Supaya
kamu beriman kepada Allah dan Rasul nya dan supaya kamu teguhkan (agama)nya dan
muliakan dia dan beribadat kepadanya pagi dan petang.
10.
Sesungguhnya orang-orang yang berjanji taat kepda mu itu tidak lain melainkan
berjanji taat kepada Allah. Tangan Allah atas tangan-tangan mereka. Oleh itu, barang
siapa merosak (janji), maka tidak ia merosak melainkan buat kerugian dirinya,
dan barang siapa sempurnakan apa yang ia janjikan kepada Allah, maka Allah akan
beri kepadanya ganjaran yang besar.
11. Akan
berkata kepada mu orang-orang Arab desa yang tidak turut; “harta benda kami dan
anak isteri kami telah lalaikan kami.
Oleh itu, mintakan lah ampun bagi kami”.
Mereka berkata dengan lidah-lidah
mereka apa yang tidak ada dihati-hati mereka.
Katalah; “maka siapakah yang bisa menghalangi untuk kamu sesuatu (yang
akan datang) dari Allah, jika ia
kehendaki bahaya bagi kamu atau ia kehendaki menafaat bagi kamu ? bahkan adalah
Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
12. “Bahkan
kamu menyangka, bahawa Rasul dan mukmin tidak sekali-sekali akan kembali kepada
anak isteri mereka, dan dihiaskan yang demikan (oleh syaitan) dihati-hati kamu,
dan kamu menyangka perangsangka yang jelak dan adalah kamu kaum yang binasa”.
13. Dan
barang siapa tidak beriman kepada Allah dan Rasul nya, maka sesungguhnya kami
sediakan bagi orang-orang kafir itu api yang bernyala-nyala.
14. Dan
kepunyaan Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia mengampuni siapa yang
ia kehendaki, dan ia mengazab siapa yang ia kehendaki, dan adalah Allah itu
pengampun, penyayang.
15. Akan
berkata orang-orang yang tidak turut itu, apabila kami pergi kepada
rampasan-rampasan perang buat kamu mengambilnya; “biarkanlah kami turut kami”.
Mereka hendak mengubah firman Allah. Katakan; “kamu tidak (boleh) akan
turut kami, bagitulah firman Allah
sebelum (ini)”. Mereka akan berkata; “tetapi kamu dengki kepada kami”. Bahkan
adalah mereka tidak mengerti melainkan sedikit.
16.
Katalah kepada orang-orang yang tidak turut dari Arab desa itu; “kamu akan
diajak kepada satu kaum yang mempunyai
kekuatan yang sangat, kamu akan perangi mereka atau mereka masuk Islam. Maka
kalau kamu taat, Allah akan beri kepada kamu ganjaran yang banyak, dan jika
kamu berpaling, sebagaimana kamu berpaling dahulu. Nescaya ia seksa kamu satu
seksaan yang pedih”.
17. Tidak
ada atas orang buat kesempitan, dan tidak ada atas orang yang tempang
kesempitan, dan tidak ada atas orang sakit kesempitan, dan barang siapa taat
kepada Allah dan Rasulnya, nescaya ia masukkan dia disyurga-syurga yang
mengalir padanya sungai-sungai, dan barang siapa berpaling, ia akan seksa dari
satu seksaan yang pedih.
18.
Sesungguhnya Allah redha kepada mukmin tetakala mereka berjanji taat kepada mu
dibawah pohon itu maka ia tahu apa yang dihati-hati mereka. Lalu ia turunkan
ketenteraman atas mereka, dan ia ganjari mereka kemenangan yang hampir.
19. Dan
rampasan-rampasan perang yang banyak yang mereka ambil dia, dan adalah Allah
maha kuasa, bijaksana.
20. Allah
telah janjikan kepada kamu rampasan perang yang banyak yang kamu akan
mengambilnya, tetapi ia lekaskan ini untuk kamu dan ia telah halangi
tangan-tangan manusia daripada kamu, dan supaya adalah ia satu pelajaran bagi
mukmin, dan kerana ia hendak unjukkan
kepada kamu jalan yang lurus.
21. Dan
(rampasan-rampasan) lain yang kamu tidak berdaya padanya yang Allah telah
kurangi dia, kerana adalah Allah itu atas tiap-tiap suatu amat berkuasa.
22. Dan
jika orang-orang kafir itu memerangi kamu, nescaya mereka memalingkan belakang,
kemudian, tidak akan mereka dapat pengurus dan tidak penolong.
23.
(Iaitu) cara Allah yang telah lewat sebelum (ini), dan engaku tidak akan dapati
perubahan bagi cara Allah itu.
24. Dan
ialah yang halangi tangan-tangan mereka dari kamu dan tangan-tangan kamu dari
mereka dilembah Mekah sesudah ia beri kemenangan bagi kamu atas mereka, dan
adalah Allah melihat apa yang kamu kerjakan.
25.
Mereka lah orang-orang yang kufur dan halangi kamu dari (masuk) Masjidil-Haram,
dan (halangi) korban daripada sampai ketempatnya, dan sekiranya tidak kerana
laki-laki yang mukmin dan perempuan-perempuan
yang mukminat yang kamu tidak tahu itu, dikhuatiri kamu bunuh mereka dengan
tidak sengaja. Lalu mengenai kamu keberatan dari (pihak) mereka. (Nescaya kami
izinkan kamu masuk Mekah), (yang demikian) lantaran Allah hendak masukkan dalam
rahmatnya siapa yang ia kehendaki. Jika
mereka terpisah, nescaya kamu seksa orang-orang yang kufur dari antara mereka
dengan satu azab yang pedih.
26.
(Ingatlah) tetakala orang-orang yang kafir itu adakan dalam hati-hati mereka
kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah lalu Allah turunkan ketenteraman nya
atas Rasulnya dan atas mukmin dan ia wajibkan mereka (ucapkan) perkataan
menjaga keselamatan, kerana mereka lah berhak dengan itu, dan (memang mereka)
ahlinya, dan adalah Allah mengetahui tiap-tiap suatu.
27.
Sesungguhnya Allah akan buktikan menyampaikan
itu dengan benar kepada Rasul nya (iaitu) sesungguhnya kamu akan masuk
Masjidil-Haram, jika dikehendaki oleh Allah, dengan aman dalam keadaan bercukur
rata kepala-kepala kamu dan bergunting sebahagian nya, (dan) kamu tidak akan
merasa takut kerana ia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, maka ia jadikan sebeblum
itu satu kemenangan yang dekat.
28. Ialah
(Tuhan) yang mengurus Rasul nya dengan (membawa) pimpinan dan agama kebenaran
untuk ia menangkan dia atas agama-agama semuanya, dan cukuplah Allah sebagai
saksi (atas kemenangan itu).
29.
Muhammad itu pesuruh Allah, dan orang-orang yang berserta nya keras terhadap
kafir-kafir, (dan) berkasih-kasih diantara mereka, engkau lihat mereka rukuk,
sujud, mencari kurnia dan keredhaan dari Allah, tanda-tanda mereka (ada)
dimuka-muka mereka dari bekas sujud, demikianlah sifat mereka di Taurat dan
sifat mereka di Injil, sebagai tanaman yang keluar kan tunas lalu ia teguhkan
dia, maka jadilah ia gemuk dan tegap berdiri atas pangkal nya, mengembirakan
penanam-penanam nya, (iaitu) kerana ia hendak menjangalkan kafir-kafir itu
dengan (kesuburan) mereka (yang mukmin). Allah janjikan mereka yang beriman dan
beramal soleh dari mereka , keampunan dan ganjaran yang besar.
[Ulasan][Penutup][Previous][Next]